Sabtu, 19 Maret 2016

Kuliah Jumaat oleh Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang,

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
DAKWAH MELALUI PEMERINTAHAN





Para sejarawan menyatakan ketika Islam bermula di Madinah, penganutnya adalah minoriti sahaja. Kebanyakan rakyat yang lain adalah ahli kitab, penganut agama Yahudi dan Kristian dan masih ramai penduduknya yang musyrikin.
Apa yang menyebabkan umat Islam boleh memerintah adalah kerana mereka bersatu antara Muhajirin dan Ansar. Sedangkan penganut agama lain pula berpecah dan bertelagah sesama sendiri. Tapi hari ini terbalik pula. Umat Islam berpecah belah, orang-orang kafir yang bersatu.
Di Madinah, kalangan pengikut-pengikut agama lain yang tersepit dengan peperangan sesama sendiri mahu mencari keamanan. Lalu mereka sanggup bernaung di bawah umat Islam menyebabkan Islam diterima dan menjadi kuat. Setelah Islam dilaksanakan dalam pemerintahan Madinah, barulah orang semakin ramai memeluk Islam kerana melihat adilnya Islam.
Di sinilah kita perlu memahami dakwah itu bukan semata-mata dengan lidah. Dakwah yang paling berkesan adalah dengan menegakkan syariah Islam. Dari situ orang bukan Islam boleh melihat bagaimana yang sebenar, secara keseluruhan.
Apa yang menyebabkan orang-orang kafir sangat takut apabila Islam dilaksanakan adalah kerana mereka membaca sejarah ini. Mereka tahu kalau syariah Islam tertegak, orang akan ramai masuk Islam. Ini yang mereka tak mahu. Mereka berusaha sedaya upaya agar Islam tidak dapat dilaksanakan.
Tetapi yang peliknya, ada juga orang Islam sendiri yang takut Islam dilaksanakan.
Masjid Rusila
18 Mac 2016
9 Jumadal Akhirah 1437
(Alang Ibn Shukrimun)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar