Selasa, 22 Maret 2016

Ismi Nurul@Ishqnuur


"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan menuju Allah SWT?, berusahalah..kerana kita cuma punya satu persinggahan"
(Nurul Asyikin)




Nama saya Nurul Asyikin bt Md Azli, ahli keluarga saya memanggil saya Kak Long, kawan-kawan rapat lebih sinonim memanggil saya Kak Lang kerana saya adalah kakak yang ketiga dalam BULATAN HARAKI kami.., saya juga selesa sekiranya ada orang lain ingin memanggil saya dengan nama Nurul atau Syikin.

Saya dilahirkan di Hospital Universiti, Petaling Jaya. dan mempunyai dua orang adik beradik bersama al-marhum abah saya, kemudian emak saya telah berkahwin untuk kali kedua dan kini saya mempunyai empat orang adik beradik.

Saya mendapat pendidikan awal di Tahfiz Darul Furqan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad dalam bidang Dakwah dan Komunikasi. Kemudian rezeki dari Allah SWT, saya dapat menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Dakwah, Komunikasi Penyiaran Islam ke UIN Raden Fatah, Palembang.

Apabila semakin meningkat dewasa, saya merasakan bahawa kita mestilah menikmati kehidupan dengan cara yang patuh syariah, maka bermula dari situ saya mula menyukai membaca karya-karya tentang agama, hal-hal yang berkaitan dengan Tazkiyatun Nafs dan buku-buku bersiri Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah untuk mecari posisi dalam masyarakat supaya saya dapat menjadi sebahagian dari kalangan yang menyebarkan dakwah Islamiyah.

Hidup bukanlah semata-mata untuk mengecapi kebahagiaan peribadi, kehidupan hanya akan bernilai dengan sebanyak mana kita mampu memberi manfaat kepada alam. Setiap hari kita mestilah membuat improvement, kerana sebagai seorang muslim yang berjaya dia tidak boleh selamanya berada ditakuk yang lama..kita mesti melangkah setapak demi setapak maju kehadapan! 

Salam Ukhwah Islamiyah 
Nurul Asyikin
UIN Raden Fatah


Tidak ada komentar:

Posting Komentar