Rabu, 30 Maret 2016

Contoh advertorial dari ishqnuur

Ini adalah contoh advertorial yang saya buat hasil dari pemahaman dalam kelas hari ini.

RESUME1: ADVERTORIAL

   

     Tarikh: 30/3/2016
Hari     : Rabu
MK     : Tehnik Penulisan Naskah PR
Topik : Advertorial

ADVERTORIAL adalah gabungan dari kalimat  Advertising dan Editorial
                                               
IKLAN: Suatu sarana untuk memperkenalkan sesuatu kepada masyarakat

TEHNIK DASAR PUBLIC RELATION WRITING:
1)      Fokus
2)      Lead
3)      Body
4)      Ending
5)      Revisi
6)      Gunakan tehnik Tanya jawab
7)      Baca kembali
8)      Periksa akurasi

Sebagai penulis, jangan cepat rasa puas dalam setiap penghasilan, perlu teliti dalam merangka penulisan dan jangan sekali-kali melupakan step BACA KEMBALI DAN PERIKSA AKURASI.

Minggu, 27 Maret 2016

Mencintai Cahaya Allah SWT


Assalamualaikum wbt,

Semoga kita sentiasa berada di Jalan Islam dan kekal didalam perlindungan Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW.

Saya Nurul Asyikin. Nama ini diberi oleh Ibu saya Puan Rositawati pada tanggal 29 September 1992. Nama ini sangat memberi inspirasi kepada saya untuk menjiwai makna yang kukuh tersirat, "Cahaya Pencinta".

"Cahaya Pencinta" apabila di lihat secara definisi ia membawa berbagai tafsiran. Sebagai seorang muslim, saya mestilah mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW dan mentaati segala perintah agama. Islam adalah agama yang sangat sempurna, maka saya harus mencintai dan memelihara kesucian agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini.

Nabi Muhammad SAW adalah sosok agung yang diutuskan kepada manusia untuk menjadi Uswah Hasanah kepada seluruh umat manusia. saya adalah salah seorang dari umat nabi yang terakhir ini. Saya tidak pernah melihat kekasih Allah SWT, namun mengharapkan syafaat dari baginda di mashyar besok, maka saya harus mengenali baginda Rasul yang menjadi Idola terbaik ini.

Saya membeli sebuah buku yang berjudul Syamail Muhammadiyah yang diterbitkan oleh syarikat Telaga Biru Malaysia. Buku ini adalah kumpulan hadith berkaitan sosok jasad dan peribadi agung baginda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi. Saya membelinya kerana ingin mengenali Nabi Muhammad SAW sebagai usaha agar saya dapat mencintai baginda seperti sahabat-sahabat yang hidup bersama baginda.

Saya mula memupuk minat membaca. Saya menjadikan buku ini sebagai penguat dan inspirasi kepada saya untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah SWT yang mahu mendapatkan Mardhatillah. Saya juga suka membaca buku, artikel berkenaan sirah kehidupan, cinta, dakwah dan perjuangan baginda dari internet mahupun di kelas-kelas pengajian agama di masjid dan seminar.

Sesuai dengan wahyu pertama yang diturunkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW:

" Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan". (Surah Al-'Alaq:1-5)

Maka tepatlah dengan pepatah yang mengatakan, " Tidak kenal, maka tidak cinta", membaca adalah jambatan ilmu pengetahuan dan tempat mulai tumbuhnya cinta seseorang kepada sesuatu. Semoga kita semua mendapat peluang untuk bertemu dengan kekasih Allah dihari akhirat besok.

Salam penuh CINTA,
Nurul Asyikin bt Md Azli
Palembang



Selasa, 22 Maret 2016

Ismi Nurul@Ishqnuur


"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan menuju Allah SWT?, berusahalah..kerana kita cuma punya satu persinggahan"
(Nurul Asyikin)




Nama saya Nurul Asyikin bt Md Azli, ahli keluarga saya memanggil saya Kak Long, kawan-kawan rapat lebih sinonim memanggil saya Kak Lang kerana saya adalah kakak yang ketiga dalam BULATAN HARAKI kami.., saya juga selesa sekiranya ada orang lain ingin memanggil saya dengan nama Nurul atau Syikin.

Saya dilahirkan di Hospital Universiti, Petaling Jaya. dan mempunyai dua orang adik beradik bersama al-marhum abah saya, kemudian emak saya telah berkahwin untuk kali kedua dan kini saya mempunyai empat orang adik beradik.

Saya mendapat pendidikan awal di Tahfiz Darul Furqan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad dalam bidang Dakwah dan Komunikasi. Kemudian rezeki dari Allah SWT, saya dapat menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Dakwah, Komunikasi Penyiaran Islam ke UIN Raden Fatah, Palembang.

Apabila semakin meningkat dewasa, saya merasakan bahawa kita mestilah menikmati kehidupan dengan cara yang patuh syariah, maka bermula dari situ saya mula menyukai membaca karya-karya tentang agama, hal-hal yang berkaitan dengan Tazkiyatun Nafs dan buku-buku bersiri Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah untuk mecari posisi dalam masyarakat supaya saya dapat menjadi sebahagian dari kalangan yang menyebarkan dakwah Islamiyah.

Hidup bukanlah semata-mata untuk mengecapi kebahagiaan peribadi, kehidupan hanya akan bernilai dengan sebanyak mana kita mampu memberi manfaat kepada alam. Setiap hari kita mestilah membuat improvement, kerana sebagai seorang muslim yang berjaya dia tidak boleh selamanya berada ditakuk yang lama..kita mesti melangkah setapak demi setapak maju kehadapan! 

Salam Ukhwah Islamiyah 
Nurul Asyikin
UIN Raden Fatah


Sabtu, 19 Maret 2016

Kuliah Jumaat oleh Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang,

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
DAKWAH MELALUI PEMERINTAHAN





Para sejarawan menyatakan ketika Islam bermula di Madinah, penganutnya adalah minoriti sahaja. Kebanyakan rakyat yang lain adalah ahli kitab, penganut agama Yahudi dan Kristian dan masih ramai penduduknya yang musyrikin.
Apa yang menyebabkan umat Islam boleh memerintah adalah kerana mereka bersatu antara Muhajirin dan Ansar. Sedangkan penganut agama lain pula berpecah dan bertelagah sesama sendiri. Tapi hari ini terbalik pula. Umat Islam berpecah belah, orang-orang kafir yang bersatu.
Di Madinah, kalangan pengikut-pengikut agama lain yang tersepit dengan peperangan sesama sendiri mahu mencari keamanan. Lalu mereka sanggup bernaung di bawah umat Islam menyebabkan Islam diterima dan menjadi kuat. Setelah Islam dilaksanakan dalam pemerintahan Madinah, barulah orang semakin ramai memeluk Islam kerana melihat adilnya Islam.
Di sinilah kita perlu memahami dakwah itu bukan semata-mata dengan lidah. Dakwah yang paling berkesan adalah dengan menegakkan syariah Islam. Dari situ orang bukan Islam boleh melihat bagaimana yang sebenar, secara keseluruhan.
Apa yang menyebabkan orang-orang kafir sangat takut apabila Islam dilaksanakan adalah kerana mereka membaca sejarah ini. Mereka tahu kalau syariah Islam tertegak, orang akan ramai masuk Islam. Ini yang mereka tak mahu. Mereka berusaha sedaya upaya agar Islam tidak dapat dilaksanakan.
Tetapi yang peliknya, ada juga orang Islam sendiri yang takut Islam dilaksanakan.
Masjid Rusila
18 Mac 2016
9 Jumadal Akhirah 1437
(Alang Ibn Shukrimun)